SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU
TAHUN 2013

GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI, 1AGENDA

HURAIAN TEMA HARI GURU 2013
 GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA

HURAIAN 1ASPIRASI:
Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.

1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupukperpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.

HURAIAN 1AGENDA:
Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025.  Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.


4 web/blog berkaitan sastera/seni/bahasa/budaya

Tajuk : Sastera
URL : http://merbauberdarahledang.blogspot.com/
Sinopsis : Sajak mengenai sejarah kemerdekaan.

Tajuk : Budaya
URL : http://orangaslimalaya.blogspot.com/
Sinopsis : Kehidupan dan Upacara Perkahwinan Kaum Semai

Tajuk : Seni
URL: http://ustazahzahara.blogspot.com/
Sinopsis : Memperkenalkan alat dan bahan untuk menghasilkan batik lukis.

Tajuk : Bahasa
URL : http://www.dbp.gov.my/klikdbp/klikdbp3sep7.pdf
Sinopsis : Bahasa Menunjukkan Bahasa dan Gerakan Bahasa Kebangsaan


Empat Golongan Manusia yang Belajar

       Empat Golongan Manusia yang Belajar                                                

        - Tahu dan faham dan hendak buat
 -            - Tahu dan faham tetapi tidak mahu buat
              - Tidak tahu, tidak faham tetapi hendak buat
-             - Tidak mahu ambil tahu, tidak mahu faham dan  tidak mahu buat      
                     


Tazkirah: Cintailah Isteri

PENDAHULUAN

Surah Al Baqarah [2] : [255]
....(Allah) yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).


PENGENALAN

Mencintai isteri yang dimaksudkan di sini adalah perasaan rasa kasih sayang seorang suami kepada isterinya. Seorang suami yang bertanggungjawab dan cinta kepada isterinya tidak akan mengabaikan isterinya baik dari segi kehidupan di dunia mahupun perjalanan menuju ke akhirat.

Suami adalah pemimpin kepada keluarganya dan isteri pula adalah penasihat terbaik bagi suaminya. Selain itu isteri juga memberikan ketenangan dan tempat mengadu kasih, mengadu masalah, bermanja-manja dan keperluan-keperluan emosi lain oleh suami.

Dari Ibnu Umar r.a : Rasulullah saw bersabda, “Dunia ialah kesenangan. Sebaik-baik kesenangan dunia ialah perempuan yang solehah.” [1410] Sahih Muslim

Oleh kerana besar dan pentingnya peranan isteri kepada suami, maka menjadi tanggungjawab suami agar menjaga pula perasaan dan emosi isteri agar masing-masing dapat menjalankan kewajipan masing-masing dan seterusnya dapat membina keluarga Islam yang cemerlang; dan seterusnya membentuk generasi masyarakat Islam yang hebat.

Terjemahan : Surah Ar-Ruum [30] : 21

21. Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.

Di antara pengajaran yang dapat kita ambil dari ayat di atas;

(a). Isteri-isteri dari jenis kita sendiri, bererti Allah Subhana wa Ta’ala tidak menjadikan isteri kepada anak Adam lain dari golongan manusia seperti orang yang mendakwa berkahwin dengan binatang, jin dan sebagainya.

(b). Menjadikan manusia berasa tenteram dari gangguan perbuatan zina dan kemungkaran yang lain.

(c). Diberikan kepada manusia nikmat yang besar, iaitu nikmat berkasih sayang dan menyintai antara lelaki dan wanita dimana kedua-duanya memerlukan perasaan itu; untuk memberikan kasih sayang dan saling cinta menyintai. (Tafsir Ibn Katsir)

Sarana Sekolah dan Sarana Ibu Bapa


Program Sarana Sekolah dan Sarana Ibu Bapa Dilancar


Program Sarana Sekolah dan Sarana Ibu Bapa telah dilancarkan oleh Timbalan
Perdana Menteri pada 24.2.2013. sebagai inisiatif untuk menyatukan setiap pihak
berkepentingan termasuk ibu bapa dan masyarakat bagi melahirkan modal insan
yang berkualiti global melalui sekolah

Terkandung di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, Sarana
 Ibu bapa mengandungi empat elemen iaitu penyediaan suasana pembelajaran di rumah,
interaksi sosial dengan anak, komunikasi dengan anak dan sokongan terhadap 
kecemerlangan anak.

Sarana Sekolah pula mempunyai enam elemen iaitu iklim sekolah, komunikasi berkesan,
sokongan terhadap kejayaan murid, tanggungjawab bersama, keputusan bersama,
kerjasama  dengan komuniti dan kumpulan sokongan ibu bapa.

Untuk maklumat lanjut sila ke laman di bawah: 








Menangani isu bahasa rojak

Terbaru, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menyarankan agar diwujudkan semula Jawatankuasa Penyelaras dan Penyeragaman Bahasa agar memastikan semua stesen media di negara kita menggunakan bahasa yang sama untuk penonton.
Penyeragaman ini sangat penting memandangkan siaran radio dan televisyen mendapat sambutan ramai di kalangan penonton dan pendengar serta sudah semestinya bahasa memainkan peranan sangat besar untuk menyampai maklumat dan pelbagai lagi. Beberapa kertas kerja mengenai bahasa dibentangkan dalam Seminar Bahasa dalam Penyiaran anjuran Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) baru-baru ini yang dihadiri wakil stesen penyiaran tempatan.

Bimbingan Berkarya-Puisi Moden


Definisi Puisi Moden

Za’ba mendefinisikan puisi atau karangan berangkap sebagai,”khas dipakai untuk melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yang indah dan melukiskan kemanisan dan kecantikan bahasa. Maka dengan gambaran yang cantik ini perkara yang dikatakan itu bertambah menarik hati orang yang mendengarnya. Seterusnya Za’ba mengatakan bahawa karangan berangkap itu ialah karangan yang disusunkan dengan bahagian yang berkerat-kerat, dan antara sekerat dengan sekerat itu biasanya berjodoh bunyi atau rentaknya atau isinya, serta kebanyakan memakai timbangan atau sukatan yang tertentu.
Definisi puisi yang dikemukakan oleh Za’ba di atas memperlihatkan dua ciri utama puisi. Pertama, sifat abstraknya seperti kecantikan ataupun keindahan bahasa dan kemerduan bunyi. Kedua, sifat konkritnya, struktur dasar yang merangkumi binaan baris dalam rangkap, kedudukan suku kata dalam baris, kedudukan suku kata dalam baris dan susunan rima. Kedua-dua ciri tersebut mempunyai hubungan yang erat dengan tema dan kesannya kepada pembaca.
Definisi puisi yang dikemukakan oleh Za’ba  lebih merupakan definisi dari sudut pandangan seorang pengkaji. Definisi puisi yang dikemukakan oleh seorang penyair dan sekali gus sarjana sastera pula, iaitu Muhammad Haji Salleh, puisi ialah bentuk sastera yang kental dengan muzik bahasa serta kebijakan penyair dengan tradisinya. Dalam segala sifat kekentalannya itu, puisi setelah dibaca akan menjadikan kita lebih bijaksana.
Daripada penyair Inggeris di Barat pula, Wordsworth, mendefinisikan puisi sebagai pengucapan tentang perasaan ghairah yang imaginatif, biasanya berentak ... curahan perasaan yang kuat secara spontan yang diingatkan kembali dalam suasana yang tenang. S.T. Coleridge, juga seorang penyair Inggeris, mendefinisikan puisi sebagai kata-kata terbaik dalam susunan yang terbaik.
 Masih banyak lagi definisi puisi yang dikemukakan oleh pengkaji puisi dan penyair. Namun, daripada sejumlah kecil definisi yang diberikan itu dapat memberikan ciri-ciri puisi yang bermutu tinggi.



Sejarah Awal Puisi Melayu Moden Secara Ringkas

Penulis Melayu yang pertama menulis puisi Melayu moden ialah Omar Mustaffa. Puisinya bertajuk “Angan-angan dengan Gurindam’, disiarkan dalam Utusan Melayu, 18 Januari 1913. Puisi ini dari segi bentuk dan isinya telah jauh menyimpang daripada puisi Melayu tradisional – pantun dan syair terutamanya. Dari segi bentuk, susunan baris, rangkap, dan rima akhirnya tidak terikat lagi dengan bentuk tradisional. Dari segi isinya, mengungkapkan persoalan semasa pada waktu itu, iaitu menyuarakan persoalan ekonomi dan politik.
Sejak tersiarnya puisi yang memperlihatkan pembaharuan atau pemodenan pada bentuk dan isinya, berlaku semacam kekosongan dalam penghasilan puisi moden. Hanya pada awal-awal tahun 1930-an, kegiatan menulis puisi mula kelihatan jelas kembali. Ini berdasarkan puisi “O Sariku”, karya Harun Aminurrasyid yang tersiar dalam majalah Pujangga Baru, Bil. 6, Disember 1933. Pada tahun 1934, Pungguk menghasilkan lima buah puisi sekali gus dan disiarkan dalam Majalah Guru, Mac 1934. Judul puisi-puisi Pungguk itu ialah, “Keluh Kesah”, “Selalu Merayu”, “Tak Disangka-sangka”, “Pujukan hati”,  dan “Ibuku”. Dalam kelima-lima buah puisi ini telah ditemui penyimpangan daripada peraturan puisi-puisi Melayu tradisional yang ketat.
Sejak Harun Aminurrasyid dan Pungguk menghasilkan puisi moden, puisi Melayu moden tumbuh dan berkembang dengan pesat sekali. Pelbagai tema dan persoalan yang dikemukakan oleh para penyair yang bersesuaian dengan zaman mereka dan harapan mereka tentang hidup dan kehidupan ini yang berkaitan dengan hubungan sesama manusia, manusia dengan Pencipta, dan manusia dengan alam. Hal ini akan lebih jelas terlihat apabila alur sejarah pertumbuhan dan perkembangan puisi Melayu moden disusuri.



Persediaan Menulis Puisi

Seseorang yang hendak menulis puisi haruslah pula mempersiapkan dirinya. Dia mestilah banyak membaca puisi, karya banyak penyair. Dengan ini, secara tidak langsung dia mempelajari puisi. Dia juga mestilah banyak membaca bahan bacaan yang lain untuk tujuan memperluas kosa kata dan mendapat idea untuk menulis puisi. Dia juga mestilah sering menghasilkan puisi sebagai latihan untuk menimbulkan keterampilan dalam penulisan puisi. Untuk itu, dia juga mestilah memiliki kesabaran dan bersedia untuk menyendiri. Semua ini merupakan sebahagian kecil tuntutan yang diperlukan sebagai persediaan untuk seseorang itu menulis puisi.


Panduan Penulisan Puisi

Puisi yang bermutu ialah puisi yang mempunyai keseimbangan antara bentuk luaran dengan bentuk dalamannya. Keseimbangan inilah yang memberi keindahan bahasa dan keindahan makna pada sesebuah puisi itu. Oleh itu, seseorang yang hendak menulis puisi mestilah mengambil kira aspek keseimbangan ini.
Bentuk luaran ialah ciri-ciri yang membina sesebuah puisi tersebut. Ciri-ciri ini dapat dilihat. Baris, bunyi, pemilihan kata, bahasa figuratif, kata konkrit, kata abstrak, penyimpangan bahasa, dan tipografi merupakan bentuk luaran puisi.
Struktur dalaman puisi terdiri daripada tema, perasaan, nada atau sikap dan mesej. Tema ialah idea utama yang hendak disampaikan oleh seseorang penyair dalam sesebuah puisi. Antara tema dalam puisi termasuklah keagamaan, kemanusiaan, dan nasionalisme, ekonomi, dan politik. Perasaan ialah suasana perasaan penyair yang diikutsertakan dalam puisi dan dapat dihayati oleh pembaca. Perasaan tersebut mungkin simpati, sedih, benci, marah, kasihan, pasrah, dan sebagainya. Nada ialah sikap penyair penyair terhadap pembaca. Sikap penyair mungkin menggurui, mengejek, menasihati, dan menceritakan sesuatu kepada pembaca. Mesej ialah p
erkara yang mendorong seseorang penyair itu menulis puisi. Mesej tersirat di sebalik tema yang diungkapkan

URL:http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=874&VertSectionID=25&CurLocation=208&IID=&Page=1