Etika Penggunaan Internet


Etika Penggunaan Internet


1.0 PENGENALAN
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah membolehkan maklumatdihantar dan diterima dengan pantas. Kemudahan ini telah membawa kepada peningkatan penggunaan internet dan mel elektronik atau e-mel dalam sektor awam. Hakikat ini turutdipengaruhi oleh bilangan pengguna dan kepentingan maklumat yang kian meningkat darisemasa ke semasa.Komunikasi secara elektronik juga dilihat sebagai salah satu saluran penting dalammembantu mewujudkan perkongsian maklumat. Tambahan pula, kaedah inimembolehkan proses penghantaran dan penerimaan sesuatu maklumat dilaksanakandengan lebih cepat dan mudah. Bagaimanapun, pengurusan internet dan e-mel yang tidakterkawal boleh menjejaskan keselamatan maklumat. Justeru, perlindungan keselamatanyang bijaksana perlu diwujud dan disesuaikan bagi menjamin kesahihan, keutuhan dankebolehsediaan maklumat yang berterusan.
2.0 TUJUAN
Tujuan utama garis panduan ini ialah untuk menerangkan tatacara penggunaan internet dan e-mel, meningkatkan tahap keselamatan sistem komunikasi dokumen rasmi Kerajaan dan mengurangkan risiko gangguan operasi internet dan e-mel.
3.0 TATACARA PENGGUNAAN INTERNET
3.1 Teknologi internet telah memudahkan perhubungan antara pengguna dan menyediakan akses kepada banyak maklumat dalam pelbagai bentuk format dengan menyediakan sumber pembelajaran, rekreasi, penyelidikan, analisis, rujukan dan bahan-bahan lain yang berfaedah. Perkhidmatan Awam dalam usahanya menuju ke arah pemodenan tadbiran telah melihat internet sebagai satu platform untuk penambahbaikan perkhidmatan yang disediakan. Dalam konteks ini, kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) perlu menggunakan kemudahan internet dengan
cara yang bertanggungjawab dan konsisten.

3.2 Internet adalah infrastruktur saluran global dan merupakan punca maklumat yang tidak terkawal. Dengan sebab itu, ketepatan maklumat internet tidak boleh ditentukan. Justeru, kakitangan JPN perlu memainkan peranan dan bertindak secara bijak menilai kesahihan, ketepatan dan kesesuaian sesuatu maklumat yang diperolehi Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia



(a) Hak Akses Pengguna
Hak akses hendaklah dilihat sebagai satu kemudahan yang disediakan oleh JPN untuk membantu melicinkan pentadbiran atau memperbaiki perkhidmatan yang disediakan. Pengguna harus mengambil maklum bahawa semua aset ICT di bawah kawalannya (termasuk maklumat) adalah hak milik Kerajaan.
(b) Privasi Pengguna
Setiap pengguna hendaklah menghormati privasi pengguna lain dengan tidak menimbulkan sebarang gangguan seperti mencapai fail, memecah kata laluan, memasuki sistem komputer dan mengubah komponen perisian tanpa kebenaran.
(c) Mengenal pasti Identiti Pengguna
Setiap pengguna perlu mengenal pasti dan mengesahkan identiti pengguna
yang berkomunikasi dengannya sebelum meneruskan komunikasi dan transaksi maklumat melalui Internet. Ini bertujuan untuk melindungi maklumat Kerajaan daripada sebarang bentuk penyalahgunaan.
(d) Memilih Laman
Laman yang dilayari hendaklah hanya yang berkaitan dengan bidang kerja dan terhad untuk tujuan yang dibenarkan sahaja.
(e) Pengesahan Maklumat
Bahan yang diperolehi dari internet perlulah ditentukan ketepatan dan
kesahihannya. Sebagai amalan baik, rujukan sumber internet hendaklah juga dinyatakan.
(f) Muat Naik Bahan (Upload)
Bahan rasmi yang hendak dimuat naik ke internet hendaklah disemak dan
mendapat pengesahan daripada Ketua Jabatan sebelum dimuat naik.
(g) Muat Turun Bahan (Download)
Tindakan memuat turun hanya dibenarkan ke atas bahan yang sah seperti
perisian yang berdaftar dan di bawah hak cipta terpelihara. Sebarang bahan yang dimuat turun dari internet hendaklah digunakan untuk tujuan yang dibenarkan oleh jabatan sahaja.
(h) Perbincangan Awam
Hanya kakitangan JPN yang mendapat kebenaran sahaja boleh melibatkan diri dan menggunakan kemudahan ini. Kandungan perbincangan awam seperti newsgroup dan bulletin board mestilah mendapat pengesahan daripada Ketua Jabatan. Perlu diingat bahawa setiap maklumat yang dikongsi melambangkan imej Jabatan. Dengan sebab itu, setiap pengguna mestilah bertindak dengan bijaksana, jelas dan berupaya mengekalkan konsistensi dan keutuhan maklumat berkenaan.
3.5 Kakitangan JPN adalah dilarang daripada melakukan sebarang aktiviti yang melanggar tatacara penggunaan internet seperti:
(a) Merosak dan mengancam keselamatan dengan menggunakan hak akses
pengguna lain untuk mencapai sistem komputer, mendapatkan maklumat dan mengubah komponen sistem tanpa kebenaran;
(b) memuat naik, memuat turun, menyimpan dan menggunakan perisian tidak berlesen;
(c) menyedia dan menghantar maklumat berulang-ulang berupa gangguan;
(d) menyedia, memuat naik, memuat turun, menyimpan dan menyebar material,teks ucapan, imej atau bahan-bahan yang mengandungi unsur-unsur lucah,ganas dan berbaur perkauman;
(e) menyedia, memuat naik, memuat turun, menyimpan dan menyebar maklumat internet yang melibatkan sebarang pernyataan fitnah atau hasutan yang boleh memburuk dan menjatuhkan imej Kerajaan;
(f) menyalahgunakan kemudahan perbincangan awam atas talian seperti
Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia
(g) memuat naik, memuat turun, menyimpan dan menyebar gambar atau teksyang bercorak penentangan yang boleh membawa keadaan huru-hara danmenakutkan pengguna internet yang lain;
(h) memuat turun, menyimpan, menyebar dan menggunakan perisian berbentukhiburan atas talian seperti permainan elektronik, video dan lagu;
(i) menggunakan kemudahan chatting melalui internet;
(j) menjalankan aktiviti-aktiviti komersial dan politik;
(k) melakukan aktiviti jenayah seperti menyebarkan bahan yang membabitkanperjudian, senjata dan aktiviti pengganas;
(l) memuat naik, memuat turun, menghantar dan menyimpan kad elektronik,video, lagu dan kepilan fail melebihi saiz 2 megabait yang boleh mengakibatkankelembapan perkhidmatan dan operasi sistem rangkaian komputer;
(m) menggunakan kemudahan modem atau broadband untuk membuat capaianterus ke internet tanpa kelulusan Ketua Jabatan; dan
(n) mengubah konfigurasi komputer seperti menukar IP atau segmen-segmenrangkaian (VLAN) tanpa kelulusan Ketua Jabatan yang bertujuan untukmendapatkan capaian internet.


4.0 TATACARA PENGGUNAAN MEL ELEKTRONIK
4.1 Mel elektronik atau e-mel adalah merupakan aplikasi yang membolehkanpenggunaberkomunikasi antara satu dengan lain dalam bentuk mesej elektronik. Aplikasi e-melini digunakan secara meluas dan membenarkan komunikasi lebih daripada dua hala
dengan cara yang pantas dan lebih sesuai untuk penulisan yang ringkas.
4.2 E-mel rasmi yang digunakan adalah untuk tujuan rasmi dan didaftarkan di bawahdomain JPN. Salah satu contoh alamat e-mel rasmi ialah ahmad@jpn.gov.my. E-melrasmi boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu e-mel rahsia rasmi dan e-melbukan rahsia rasmi.

(a) E-mel Rahsia Rasmi
E-mel yang mengandungi maklumat atau perkara rahsia rasmi yang mestidiberi perlindungan untuk kepentingan keselamatan yang dikelaskan mengikutpengelasannya sama ada Terhad, Sulit, Rahsia atau Rahsia Besar.
Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia
(b) E-mel Bukan Rahsia Rasmi

E-mel yang tidak mengandungi maklumat atau perkara rahsia rasmi. 

4.3 Adalah digalakkan alamat e-mel khusus diwujudkan bagi memudahkan orang ramaiberhubung dengan JPN sekiranya memerlukan penjelasan lanjut, membuat aduanatau mengemukakan pandangan. Contoh alamat e-mel khusus JPN ialahadmin@jpn.gov.my.
4.4 Berikut adalah kaedah penggunaan e-mel yang betul.
(a) Pemilikan Akaun E-mel
Pemilikan akaun e-mel bukanlah hak mutlak seseorang. Ia adalah kemudahanyang tertakluk kepada peraturan jabatan dan boleh ditarik balik jikapenggunaannya melanggar peraturan. Akaun atau alamat e-mel yangdiperuntukkan oleh jabatan sahaja boleh digunakan. Penggunaan akaun milikorang lain atau akaun yang dikongsi bersama adalah dilarang.
(b) Format
Penggunaan huruf besar kandungan e-mel adalah tidak digalakkan dandianggap tidak beretika. Sebaik-baiknya, gabungan huruf besar dan hurufkecil digunakan dan dipraktikkan di tempat-tempat yang bersesuaian disamping mengamalkan penggunaan bahasa yang betul, ringkas dan sopan.Pengguna juga perlu memastikan bahawa subjek dan kandungan e-mel adalah berkaitan dan menyentuh perkara perbincangan yang sama sebelumpenghantaran dilakukan.
(c) Penghantaran
Penghantaran e-mel rasmi hendaklah menggunakan akaun e - mel rasmi danpastikan alamat e-mel penerima adalah betul. Penghantar boleh menggunakankemudahan ‘salinan kepada’ (cc) sekiranya e-mel tersebut perlu dimaklumkankepada penerima lain. Bagaimanapun, penggunaan ‘blind cc’ (bcc) tidakdigalakkan.Kemudahan ‘reply’ digunakan untuk menjawab e-mel kepada penghantar asaldan ‘forward’ untuk memanjangkan e-mel atau dimajukan kepada penerimalain. Sebagai amalan baik, e-mel penghantar hendaklah dijawab selewat lewatnya4 hari dari tarikh e-mel berkenaan diterima.
(d) Penghantaran Bersama Fail Kepilan
Penghantar hendaklah mengamalkan penggunaan fail kepilan, misalnyamengepilkan fail minit mesyuarat dan elakkan dari menghantar dan menerimafail e-mel yang bersaiz melebihi 2 megabait. Sekiranya perlu, kaedahpemampatan untuk mengurangkan saiz fail adalah disarankan.
(e) Penerimaan
Pengguna seharusnya mengelakkan dari membuka e-mel daripada penghantaryang tidak diketahui atau diragui.
(f) Mengenal Pasti Identiti Pengguna
Setiap pengguna perlu mengenal pasti dan mengesahkan identiti penggunayang berkomunikasi dengannya sebelum meneruskan komunikasi dantransaksi maklumat melalui e - mel. Ini bertujuan untuk melindungi maklumatKerajaan daripada sebarang bentuk penyalahgunaan.
(g) Penyimpanan
Setiap e-mel rasmi yang dihantar atau diterima hendaklah disimpan mengikuttatacara pengurusan sistem fail elektronik.Pengguna hendaklah memastikan jumlah e-mel yang disimpan di dalam kotak masuk e-mel adalah tidak melebihi ruang storan yang telah diperuntukkan dan mengutamakan penyimpanan e-mel yang perlu sahaja. Penyimpanan salinane-mel pada sumber storan kedua adalah digalakkan bagi tujuan keselamatandan harus diletakkan di tempat yang selamat.
(h) Pemusnahan dan Penghapusan
E-mel yang tidak penting dan tidak mempunyai nilai arkib yang telah diambiltindakan dan tidak diperlukan lagi bolehlah dihapuskan. (Contoh: draf kertaskerja, draf minit, kertas makluman dan brosur).
(i) Tarikh dan Masa Sistem Komputer
Sebelum sesuatu mesej dihantar, perlu ditentukan tarikh dan masa sistem komputer adalah tepat.
4.5 Berikut Pengguna adalah dilarang daripada melakukan sebarang aktiviti yangmelanggar tatacara penggunaan e-mel rasmi Jabatan seperti:
(a) menggunakan akaun milik orang lain, berkongsi akaun atau memberi akaunkepada orang lain;
(b) menggunakan identiti palsu atau menyamar sebagai penghantar maklumatyang sah;
(c) menggunakan e-mel untuk tujuan komersial atau politik;
(d) menghantar dan memiliki bahan-bahan yang salah di sisi undang-undangseperti bahan lucah, perjudian dan jenayah;
(e) menghantar dan melibatkan diri dalam e-mel yang berunsur hasutan, e-melsampah, e-mel bom, e-mel spam, fitnah, ciplak atau aktiviti-aktiviti lain yangditegah oleh undang-undang Kerajaan Malaysia;
(f) menyebarkan kod perosak seperti virus, worm, trojan horse dan trap dooryang boleh merosakkan sistem komputer dan maklumat pengguna lain;
(g) menghantar semula e-mel yang gagal sampai ke destinasi sebelum menyiasatpunca kejadian
(h) membenarkan pihak ketiga untuk menjawab e-mel kepada penghantar asal bagi pihaknya.

5.0 KAWALAN KESELAMATAN INTERNET DAN E-MEL
Internet dan e-mel adalah terdedah kepada ancaman seperti pencerobohan,penyelewengan, pemalsuan, pemintasan dan pembocoran rahsia. Dengan itu,keselamatan internet dan e-mel perlu untuk melindungi maklumat rahsia rasmi danmaklumat bukan rahsia rasmi Kerajaan dari capaian tanpa kuasa yang sah. Keselamataninternet dan e - mel bergantung kepada faktor-faktor sokongan berikut.
(a) Keselamatan Fizikal
Komputer hendaklah diletakkan di tempat yang mempunyai kawalan fizikal yangselamat daripada penceroboh atau sebarang bentuk capaian tidak sah.
(b) Keselamatan Dokumen Elektronik
Bagi memastikan semua fail yang dihantar dan diterima bebas daripada sebarangbentuk ancaman keselamatan, perisian anti-virus dan penapismalicious codes perlulah dikemas kini dari semasa ke semasa.Semua maklumat rahsia rasmi atas talian perlu berada dalam bentuk teks sifersepanjang masa, manakala maklumat rahsia rasmi yang tidak diperlukan atas talian mesti dipindahkan segera ke media storan elektronik sekunder dalam bentuk  teks sifer dan hendaklah dikelaskan. Peraturan mengelaskan maklumat digital telah digariskan dalam dokumen Malaysian Public Sector Management ofInformation & Communications Technology Security Handbook (MyMIS), Buku Arahan Keselamatan dan Surat Pekeliling Am Bil. 2 Tahun 1987 “Peraturan Pengurusan Rahsia Rasmi Selaras Dengan Peruntukan-Peruntukan Akta Rahsia Rasmi (Pindaan) 1986”. Sekiranya penyelenggaraan komputer hendak dilaksanakan, kakitangan yang bertanggungjawab perlu memastikan semua maklumat bukan rahsia rasmi atau ahsia rasmi di dalam komputer berkenaan telah dikeluarkan dan selamat
(c) Keselamatan Pengendalian E-mel Rahsia Rasmi
Perkara–perkara berikut perlu dilaksanakan bagi menentukan keselamatan dan esahihan e-mel rahsia rasmi iaitu:
(i) penyulitan mesti dilakukan ke atas semua e-mel rahsia rasmi yangdihantar, diterima dan disimpan;
(ii) penerima e-mel rahsia rasmi mesti mengesahkan kesahihan dokumenapabila ditandatangani secara digital oleh pengirim;
(iii) penerima mesti membuat akuan penerimaan e-mel rahsia rasmi sebaiksahaja menerimanya;
(iv) e-mel rahsia rasmi bertanda Rahsia Besar dan Rahsia tidak bolehdimajukan kepada pihak lain. Sementara e - mel bertanda Sulit dan Terhadyang hendak dimajukan kepada pihak lain memerlukan izin daripada pemula dokumen;

(v) Jabatan perlu menentukan sistem e-mel rahsia rasmi yang disambungkan kepada internet atau Intranet mesti mempunyai sistem keselamatan yang mencukupi seperti Firewall dan Virtual Private Network.


6.0 TANGGUNGJAWAB PENTADBIR E-MEL DAN INTERNET
Bagi memastikan pengendalian e-mel dan internet agensi beroperasi dengan sempurna dan berkesan, pentadbir sistem ICT adalah bertanggungjawab:
(a) menentukan setiap akaun yang diwujudkan atau dibatalkan telah mendapat kelulusan Ketua Jabatan. Pembatalan akaun (pengguna yang berhenti, bertukar dan melanggar dasar dan tatacara jabatan) perlulah dilakukan dengan segera atas tujuan keselamatan maklumat. Pentadbir sistem ICT boleh membekukan akaun Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia
pengguna, jika perlu, semasa pengguna bercuti panjang, berkursus atau pun menghadapi tindakan tatatertib;
(b) menggunakan perisian pemecahan kata laluan yang dibenarkan untuk mengenal pasti kata laluan pengguna yang lemah dan kemudiannya mencadang dan memperakukan ciri-ciri kata laluan yang lebih baik kepada pengguna;

(c) menghalang kemasukan maklumat dari laman internet yang berunsur ganas, lucah, permainan elektronik atas talian, judi dan lain-lain aktiviti yang dilarang; 

(d) menyimpan jejak audit selama sekurang-kurangnya dua (2) bulan di dalam pelayan e-mel berkenaan, tertakluk kepada kemampuan ruang storan, dan tiga (3) tahun di dalam media storan lain;
(e) menjalankan pemantauan dan penapisan kandungan fail elektronik dan e-mel secara berkala jika difikirkan perlu tanpa terlebih dahulu merujuk kepada pengguna. Ini bertujuan memastikan pelaksanaannya mematuhi dasar dan tatacara yang ditetapkan;
(f) melaksanakan jadual penstoran dan pengarkiban e-mel agensi. Penyimpanan media storan sama ada di luar atau di dalam kawasan mestilah mempunyai ciri-ciri amatan fizikal yang terjamin bagi mengelak daripada sebarang risiko seperti kehilangan maklumat bernilai;
(g) memaklumkan kepada Pegawai Keselamatan ICT (ICTSO) sekiranya mengalami insiden keselamatan seperti pencerobohan sistem, serangan virus atau sebarang masalah kerosakan. Pentadbir sistem ICT hendaklah mengurus dan menangani insiden yang berlaku dengan segera dan sistematik sehingga keadaan kembali pulih. ICTSO juga perlu melaporkan setiap insiden kepada GCERT mengikut Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2001 “Mekanisme Pelaporan Insiden Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)”; dan
(h) melaksanakan penyelenggaraan ke atas sistem e-mel dengan baik danmenentukan segala patches terkini yang disediakan oleh pihak pembekal perisian dipasang dan berfungsi dengan sempurna.
Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia

7.0 TANGGUNGJAWAB PENGGUNA
Pengguna hendaklah mematuhi tatacara penggunaan e-mel dan internet yang telah ditetapkan agar keselamatan ke atas pemakaiannya akan terus terjamin. Peranan dan tanggungjawab pengguna adalah seperti berikut:
(a) menggunakan akaun atau alamat e-mel yang diperuntukkan oleh jabatan;
(b) memaklumkan kepada pentadbir email ICT dengan segera sekiranya mengesyaki akaun telah disalahgunakan;
(c) menggunakan kata laluan yang baik dengan ciri-ciri keselamatan yang bersesuaian dengan merujuk Amalan Baik Keselamatan Kata Laluan di Buku Panduan Keselamatan Maklumat JPN;
(d) memastikan setiap fail yang dimuat turun bebas dari virus sebelum digunakan;
(e) bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua kandungan fail elektronik termasuk e-mel di dalam akaun sendiri. Dengan itu, pengguna perlu bertindak bijak, profesional dan berhati-hati apabila berkomunikasi menerusi saluran elektronik;
(f) berhenti dan memutuskan talian dengan serta-merta sekiranya kakitangan menerima dan disambungkan ke laman internet yang mengandungi unsur-unsur tidak menyenangkan dan memaklumkan perkara ini kepada Pentadbir E-mel dan Internet;
(g) mengadakan salinan atau penduaan pada media storan kedua elektronik seperti disket dan sebagainya bagi tujuan keselamatan;
(h) memastikan kemudahan e-mel digunakan dan dibiarkan aktif pada keseluruhan waktu bekerja supaya e-mel yang dialamatkan sampai tepat pada masanya dan tindakan ke atasnya dapat disegerakan;
(i) menggunakan kemudahan password screen saver atau log keluar apabila hendak meninggalkan komputer;
(j) memaklumkan kepada Pentadbir E-mel sekiranya berada di luar pejabat dalam tempoh waktu yang panjang, bercuti atau bertukar tempat kerja bagi memudahkan penyelenggaraan dilakukan;
(k) memaklumkan kepada pentadbir sistem ICT atau ICTSO sekiranya berlaku atau mengesyaki berlakunya insiden keselamatan ICT.
Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia

8.0 KELAYAKAN DAN PENGHADAN
Kelayakan capaian ke internet dan E-mel adalah berdasarkan polisi berikut:
(a) Pegawai JPN adalah terdiri dari Gred 22 dan ke atas. Jika sekiranya pegawai selain dari gred tersebut maka permohonan akan dipertimbangkan mengikut keperluan.
(b) Tugasan harian memerlukan komunikasi dan perhubungan atas talian antara pegawai JPN, pegawai luar dan kontraktor berkenaan urusan rasmi
(c) Kemudahan capaian dapat meningkatkan produktiviti kerja, penghantaran maklumat yang lebih cepat dan dapat menambah ilmu pengetahuan
Faktor-faktor keselamatan dan ICT berikut perlu diambil kira bagi kebolehan capaian ke internet dan e-mel:
(a) Segmen VLAN AFIS, Personalization Centre(PERSO), GMPC, ADAM, kaunter dan backoffice SIREN adalah tidak dibenarkan membuat capaian ke internet.
(b) Semua server urusniaga JPN seperti server bahagian, SMS dan KPPGate adalah tidak dibenarkan membuat capaian ke internet.
(c) Segmen yang dibenarkan perlu dikaji dan diperakui keselamatannya oleh satu jawatankuasa teknikal keselamatan ICT yang dipengerusi oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTM).

9.0 KHIDMAT NASIHAT
Sebarang kemusykilan berkaitan dengan Dasar ini dan Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan internet dan Mel Elektronik bolehlah dirujuk kepada Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTM). Manakala kemusykilan berkaitan dengan Arahan Keselamatan hendaklah dirujuk kepada Bahagian Pertadbiran dan Perkhidmatan (BTK). Permohonan untuk keterangan lanjut mengenai kandungan dokumen ini boleh ditujukan kepada:
Jabatan Pendaftaran Negara
Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTM)
Aras 4, Lot 2G5, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 PUTRAJAYA.
Tel.: 03-88807000, Faks: 03-88807623 E-mel:
administrator@jpn.gov.my

10.0 PENUTUP
Garis Panduan ini mengandungi amalan-amalan terbaik penggunaan internet dan mel elektronik yang perlu diikuti oleh semua kakitangan JPN dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa selaras dengan arus perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan perundangan. Dokumen ini hendaklah dibaca bersama dengan Dasar Keselamatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi JPN, dokumen Malaysian Public Sector Management of Information & Communications Technology Security Handbook
(MyMIS) dan Buku Arahan Keselamatan.

11. Rujukan
11.1 JPN ICT Security Policy
11.2 Buku Panduan Keselamatan Maklumat JPN
Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia

No comments:

Post a Comment